Friday, October 5, 2018

Misi Mencari Diri Yang Hilang

Wah, hari ini saja saya telah berjumpa dengan ramai orang. Bila saya menetapkan kemahuan untuk habiskan kerja-kerja PhD tahun ini, Subhanallah, ALLAH kirimkan ramai orang datang membantu. Satu-persatu mereka datang dalam hidup saya. Itulah kuasa niat, minda dan azam kita. Bila kita set untuk capai sesuatu pasti ada jalannya.

15 Oktober ini genap 3 tahun saya mendaftar sebagai pelajar PhD. Tahun ketiga adalah tahun paling mencabar sekali. Alhamdulillah berjumpa dengan manusia-manusia ini saya mampu kembali bernafas semula. Betullah kita perlukan orang lain untuk cermin diri, di mana salahnya cara kita. Istikharah dengan ALLAH, bermusyawarah dengan manusia.

Namun, walau apa jua yang orang katakan, tidak semuanya bulat-bulat boleh ambil saja. Diri kita juga tahu mana yang terbaik buat kita. Have confidence in yourself. Mereka hanya boleh membantu di luaran saja, kerja utamanya kita kena buat sendiri. Saya bersyukur, ALLAH bantu saya dengan mengizinkan saya berjumpa mereka. Saya rasa pencarian diri saya berjaya. Saya dah jumpa! Diri saya yang hilang. I'm alive!

Wednesday, October 3, 2018

Menanti Sempurna

Saya ada satu sikap yang tak berapa nak elok. Suka mengharapkan kesempurnaan kerja sampai bertangguh untuk hantar. Saya selalu lupa tiada kesempurnaan dalam hidup, yang sempurna hanya DIA. Hari ini saya sedar saya ada banyak material yang saya boleh gunakan untuk kertas penyelidikan saya. Tapi saya SIMPAN! Bila baca balik, ianya cukup baik untuk dihantar. Wah, banyaknya yang saya telah bazirkan.

Hari ini saya berkesempatan bersembang dengan Isaac. Satu ciri yang baik saya belajar daripada Isaac ialah setiap perkara baru akan direkod, ditulis dan dihantar. Dalam setahun, dia dan isteri masing-masing telah ada banyak kertas penyelidikan untuk dihantar! Sedangkan saya masih strunggling yang sepatutnya tak wujud jika saya bijak mencatur.

Sesungguhnya saya tidak boleh lagi menunggu untuk kesempurnaan. Buat sehabis baik dan hantar saja. Biar panel atau penilai yang tentukan hasil kerja saya. Just do your part, and left the rest to others to do their part.

Ya ALLAH, bantu saya untuk sentiasa beringat. Bantu saya untuk menjadi orang yang fokus dan bertindak. 

Pengajaran Yang Mahal

Hari ni plan mahu buat draf kertas penyelidikan untuk dihantar ke jurnal. Dapat buat dalam sejam, baki hari ini di lab selesaikan pasal tiket ETS dan permohonan zakat. Untuk ETS, saya dah mohon kad pelajar untuk dapatkan diskaun pelajar. Hal zakat, saya dimaklumkan borang saya tidak sampai kepada mereka. Ya ALLAH selepas lebih 3 minggu menunggu.

Pengajaran yang banyak saya terima hari ini. Perlu tahu dengan siapa kita berurusan bagi menyenangkan semakan di kemudian hari. Jangan malu tak bertempat untuk bertanya. Saya sedari kesilapan diri dan telah susahkan ramai orang. Juga telah menimbulkan banyak kesalahfahaman.

Ya ALLAH mungkin ini kafarah kederhakaan saya!

Wednesday, September 19, 2018

Oh Yes, Its The Rock-bottom!



Aku dah lama ada kesedaran ini, bahawa hidup kita macam roda. Terkadang di atas, terkadang di bawah. Namun pada fasa hidup aku yang sekarang, aku benar-benar merasakannya. Benar-benar ok. Ada satu lagi ayat yang aku selalu dengar, belajar selalu dikaitkan dengan kesusahan. Yang ini pon memang betul sangat. Sekurang-kurangnya untuk situasi aku tapi aku percaya ramai lagi yang menghadapinya.

Apa yang sedang aku cuba sampaikan sebenarnya. Ya, roda kehidupan aku kini berada di tahap paling bawah. Rasa sebak sampai tak boleh nak nangis. Aku dah tiba di rock-bottom kawan! Terlalu bawah sampai kalau aku jatuh lagi ibarat haruslah korek lubang. Banyak insiden berlaku serentak. Ujian aku sekarang ibarat berkadar langsung dengan tahap baru yang cuba aku capai.

Aku usaha pujuk diri. Semakin besar ujian kau, bermaksud lagi besar anugerah yang DI ATAS nak bagi. Bila kau dah mencapai limit, bukankah ini bermakna sudah tiba masa kau untuk bounce balik. Sama seperti prinsip lantunan. Cuma kali ini aku yang memilih banyak mana energi yang aku mahu bagi supaya lantunan aku pergi lebih tinggi. Alang-alang dah jatuh teruk, mesti aku nak terbang lebih tinggi. Semua ini perlu usaha kawan. Tak terkecuali izin daripada DIA. Doa, doa dan doa.

Ya, aku sedia bangkit kembali. I will be just fine. I am not alone. Aku kan ada ALLAH.



Tuesday, July 24, 2018

Dialog dengan Tuhan

Ya ALLAH sesungguhnya jalan mujahadah ini cukup sukar buatku. Jalan ini yang aku pilih terasa sangat sunyi walau ada keluarga dan teman menemani. Ya jalan ini yang aku perlu tempuhi. Tidak akan ada yang memahami melainkan bagi mereka yang pernah melalui jalan ini. Ya ALLAH, jadikan aku manusia yang terus asa, setiap kali malah beribu kali aku tersadung dan jatuh, ada upaya untuk aku bangun dan teruskan berjalan lagi.

Ya ALLAH, fizikalnya aku lemah, namun KAU kuatkan mental dan rohaniku agar aku teguh tak menyerah.
Pasakkan jati diriku agar tahu dan sedar bahawa aku ada kekuatan diri. Kuatkan diri ini agar aku mampu menciptakan nilai buat diri. Beri aku kekuatan untuk keluar dari utopia yang tak menyumbang, malah menumbang.

Ya ALLAH, Ini ketika paling sukar buatku seumur hayat. Namun ini mungkin permulaan kepada ujian kesukaran yang akan KAU kurniakan kepadaku. Ujian yang diberikan tidak melampaui kemampuan diriku. Selari dengan tingkat demi tingkat keupayaan diri. Engkau Maha Baik Ya ALLAH. Walau sekerap mana aku berpaling pergi, namun ENGKAU satu-satunya yang tak pernah berpaling pergi dariku. Sentiasa ada dan terus memberi nikmatMU yang tak putus-putus. Aku kira ujian ini untuk selalu membawa diriku yang hanyut lalai untuk sentiasa kembali padaMU. Tanpa kusedar, KAU sedang menjawab doa-doaku dengan cara yang terbaik buatku.

Ya ALLAH, ku mohon walau sejauh mana aku pergi, walau sehebat mana aku tersasar, izinkan aku kembali kepadaMU dalam keadaan ENGKAU benar-benar redha padaku. Izinkan aku kembali dalam fitrah yang suci bersih. Izinkan aku kembali dalam taubat. Aku mohon Ya ALLAH semoga wujudku di dunia bukan sia-sia.

Monday, May 28, 2018

Jalan Hidup Tak Selalu Lurus..err Sesekali Berlekok-lekok Jua

Wah, lamanya tinggalkan rumah yang satu ni! Subhanallah, MashaAllah, Allahuakbar. Sesungguhnya hidup ini tak pernah sunyi daripada ujian. Sudah semestinya ia adalah ujian yang mampu kita hadapi. ALLAH Maha Pengasih, ALLAH Maha Adil. DIA tidak akan pernah menguji hambanya lebih daripada kemampuan hamba itu menghadapinya.

April yang lepas kami diuji dengan keadaan kesihatan mak yang membimbangkan. Selepas 2 minggu demam yang on-off, kami mengambil keputusan untuk membawa mak ke hospital..dengan ambulans. Lebih kepada paksaan sebenarnya. Sebenarnya semuanya bermula selepas mak jumpa nefrologist penghujung Mac. Bacaan gula dalam darah tak cantik dan kreatin juga meningkat, makanya mak dirujuk ke kaunseling diabetis. Selepas sesi itu, mak memang pantang betul-betul sampai membawa kepada tak selera makan dan demam.

Kami menghuni wad 5C Kenanga bermula 18 April hingga 13 Mei. Ya hampir satu bulan. Namun Alhamdulillah mak dibenarkan balik awal daripada jangkaan Dr iaitu selama 5-6 minggu untuk menerima rawatan antibiotik bagi jangkitan buah pinggang. Dapatlah kami berpuasa di rumah. Dalam tempoh itu jugalah saya tinggal bersama mak sebab mak sukar bergerak dan sentiasa perlukan bantuan dan sokongan moral. Saya juga minta kebenaran SV untuk datang beberapa hari saja ke USM (ini kuasa berbincang). Sekarang mak dalam proses pemulihan di rumah dan perlu ke HSB secara berkala untuk check up darah kerana mengambil Warfarin.

Ujian itu sentiasa ada. Kali ini ia mengajar saya tentang masa. Saya kena cepat. Mak dan abah semakin tua. Saya nak mereka rasa buah kejayaan saya, makanya saya  perlu gandakan usaha kerana telah lari daripada jadual. Ya ALLAH bantu saya.

Wednesday, March 14, 2018

Unexpected Yet A Plesant Guest

Minggu lepas Mak menyuarakan hasrat untuk ikut balik ke USM. Kebetulan saya balik ke USM agak lewat, iaitu petang Rabu. Abah pada mulanya tak percaya Mak akan ikut serta dan agak terkejut. Mungkin Mak nak tukar angin. Makanya bertolaklah kami petang itu dalam keadaan hujan lebat dan kilat sabung menyabung.

Dalam 2-3 hari (7-10 Mac) di asrama, Mak pada waktu siang kebanyakan masanya hanya memilih duduk di bilik. Kami keluar waktu malam, melawat Faris & Angah sekeluarga, makan malam, Tesco dan ke rumah mertua Angah. Lain perasaanya bila Mak di bilik, rasa seronok nak balik (selepas Mak balik rasa sedih pulak tengok bilik tu).

Tapi yang tak seronoknya, Jumaat kereta MyVi hitam kesayangan kena clamp lagi buat kali ke-5. Sebab malam sebelumnya sampai lewat dan tiada paking, jadinya saya letak kereta di tepi jalan dekat pokok berhampiran simpang Rumah Antarabangsa. Malam tu hujan dan supaya Mak tak perlu berjalan jauh. Salah saya tidak alih kereta pagi tu, tambahan saya tidak ke lab. Makanya segala alasan tidak berguna lagi buat pegawai trafik yang datang membuka clamp  dan memberi saman. Harapnya kali ini bernasib baik lagi seperti sebelumnya. hehe.. Aamiin :)

Sunday, February 25, 2018

Ulang Tahun Kelahiran - Genap 34!

Syukur pada ALLAH yang mengizinkan saya bernafas di muka bumi-NYA selama 34 tahun. Banyak nikmat yang telah dikecapi. Banyak mesej dan panggilan mengucapkan selamat ulang tahun. Hari ini makin tiba ke pengakhiran. Entah sempat atau tidak bertemu semula tahun hadapan. Doa saya semoga dikurniakan umur panjang yang berkat dan dengan umur tersebut dapat memberi manfaat kepada semua makhluk ALLAH.

Sejak 2011, saya mulakan tradisi menghadiahi diri sendiri. Tahun ini saya hadiahkan diri saya Audela, BB cushion, lipstik dengan warna lebih muda dan paling berharga sebuah buku yang baik, "Suri Rumah Profesional Jutawan di Rumah. Moga semuanya membuatkan saya terinspirasi. Walau umur makin bertambah, kita bisa saja terlihat lebih muda dan sihat. Namun yang lebih penting, dalaman terjaga dan terisi dengan 'makanan' minda terbaik. Bak kata orang sekarang, Inside Out. Ramai yang sudah membuktikannya. Itu membuat saya lebih teruja & terinspirasi.

Saya berdoa semoga tahun hadapan saya berkesempatan memulakan tradisi baru. Saya ingin memberi hadiah kepada insan yang bertanggungjawab menjadikan siapa saya hari ini. Tak lain tak bukan, mak & abah yang amat saya kasihi. Tahun ini seperti sebelumnya, saya hanya menghadiahi doa buat mereka. Tahun ini saya berazam menambahnya dengan menjadi anak yang lebih baik dan solehah. Ini mujahadah saya! Akan saya usahakan betul-betul! ALLAH bantu saya.


25 Februari 2018, 11.01 pm

Tuesday, January 30, 2018

Ujian & Hikmah

Saya telah membeli dan membaca buku tulisan Dr Murni bertajuk Leaving One Dream to Achieve Another. Ada beberapa kisah yang saya rasa amat dekat dengan saya. Salah satunya perjuangan mendapatkan tempat untuk melanjutkan PhD dengan biasiswa di luar negara. Saya boleh menjiwai perasaan beliau dalam perjuangan tersebut memandangkan itu juga perjuangan yang saya lalui kerana itu impian kami sejak zaman persekolahan.

Namun Allah ada perancangan yang Maha Hebat. Kini saya nampak satu persatu HIKMAH Allah izinkan saya menuntut ilmu di Malaysia. Allah lebih tahu takat kemampuan saya. Saya bersyukur boleh balik dan menatap wajah kedua ibu bapa hampir setiap minggu, lalu semua perkara yang memberati saya hilang. Saya bersyukur boleh menghadiri setiap majlis keluarga, boleh bisa berjumpa setiap kali pertemuan keluarga.

Saya tidak punya teman rapat di universiti, makanya keluarga adalah teman paling akrab saya. Mereka adalah tempat saya beri dan sandarkan segalanya selepas Allah s.w.t. Saya bersyukur tentang itu kerana dapat mengutamakan apa yang utama. Mereka sumber kekuatan saya untuk teruskan perjuangan saya dalam jalan yang  telah saya pilih.

UJIAN adalah ruji saya sepanjang pengajian PhD. Terus terang saya merasakan tidak pernah diuji sehebat ini sepanjang Allah izinkan saya bernafas di muka bumi ini. Ada ketikanya saya seolah berada di titik paling bawah dalam hidup saya. Saya menangis dan menangis. Namun saya bersyukur kerna di kebanyakan waktu, ujian ini menjadikan saya manusia dan hamba yang lebih baik. Saya bersyukur Allah izinkan saya melihat HIKMAH. Saya bersyukur Allah jadikan saya lebih kuat dan seorang hamba yang lebih Percaya. Surah 93 & 94 Al Quran saya pegang erat-erat. Itu penawar saya tika berduka.

Saya bersyukur Ya ALLAH, saya menjadi hambaMU yang YAKIN, yakin seyakin-yakinnya.

31 Januari 2018, 2.30 petang.

Tuesday, January 16, 2018

Think & Act Positive

Burn out syndrome. This past 2 weeks I felt so demotivated, drained out, unhealthy. My sleeping pattern changed. I hardly get good night sleep thus I have to sleep after Fajr, which is really not good. I am chasing away my Rezqi. This vicious cycle continues for several weeks.

Today I had a talk with Humaira, my lab mate. She suggested so many ways to break that cycle. Of course you have to strive hard. Once I overcome that challenge, I'll be ok. I believes stress and not eating well are the main contributors to my problem. Plus watching TV and play with gadget are also contributing to it.

My pledge,

1. I will start exercise regularly
2. I will eat healthily (despite the inability to cook)
3. I will set my sleeping hour
4. I will learn to control my stress and channel it to other activities

All the best to me. (Its already 16 days after new year. Half of it spent wastefully despite the new year resolution, pledge, preparation and determination that I put in. I'll try my very best plus I still have 349 days to spend wisely. The good thing is I already get use to "do it now" attitude once I decided to change for better.)

I really have to pray hard and put my soul to do it.

Wednesday, January 3, 2018

Cari Jalan

Sepatutnya hari ini diadakan spot check kali kedua, namun tiada tanda mereka akan datang. Petang tadi sejurus pulang dari makmal, saya terus bekerja mengeluarkan peti ais selepas petang semalam defrost. Berdebar-debar saya tunggu tadi.

Kemudian saya terfikir. Kenapa saya takut pada selain ALLAH. Saya tak redha perasaan ini! Saya berdoa semoga ALLAH alih perasaan ini dan takut hanya pada-NYA. Terus saya diberi ILHAM, untuk menulis kepada pihak pengurusan asrama. Tiada gunanya saya menggumam sendiri atau membuat cubaan sembunyi peti ais. Baik saya usahakan sesuatu dengan memberi cadangan agar diberi kebenaran penghuni memiliki peti ais dengan syarat tertentu. Makanya bukan sekadar menulis cadangan ini, tapi saya perlu buat sedikit research. Moga semuanya sukses. ALLAH tolong saya.

11.11 pm

Monday, January 1, 2018

Ayuh Berpagi-pagi

1.Nabi S.A.W mendoakan  umatnya yg berpagi-pagian.

2.Berpagi-pagi akan meluaskan dan melapangkan rezeki.

3.Dilarang tidur selepas Subuh dan Asar kerana Allah membahagi-bahagikan rezeki berbentuk material selepas Subuh dan spiritual selepas Asar (mungkin sebab ni la kot org tua-tua pesan tidur lps Asar mewarisi penyakit gila).

4. Niat keluar mencari rezeki waktu pagi untuk mencari rahmat Allah, ikut pesan Nabi,dan niatkan ibadah, sebarkan kebaikan serta memberi manfaat kpd makhluk Allah yg lain. Semoga rezeki kita berkat.

5. Rezeki yg berkat menghindarkab kita dr meminta-minta. Sikit berasa cukup dan banyak boleh dikongsi. Rezeki yg berkat akan menumbuhkan anak-anak yg soleh dan solehah.

Sumber: Ikim fm