Aku dah lama ada kesedaran ini,
bahawa hidup kita macam roda. Terkadang di atas, terkadang di bawah. Namun pada
fasa hidup aku yang sekarang, aku benar-benar merasakannya. Benar-benar ok. Ada
satu lagi ayat yang aku selalu dengar, belajar selalu dikaitkan dengan
kesusahan. Yang ini pon memang betul sangat. Sekurang-kurangnya untuk situasi
aku tapi aku percaya ramai lagi yang menghadapinya.
Apa yang sedang aku cuba sampaikan
sebenarnya. Ya, roda kehidupan aku kini berada di tahap paling bawah. Rasa
sebak sampai tak boleh nak nangis. Aku dah tiba di rock-bottom kawan! Terlalu
bawah sampai kalau aku jatuh lagi ibarat haruslah korek lubang. Banyak insiden
berlaku serentak. Ujian aku sekarang ibarat berkadar langsung dengan tahap baru
yang cuba aku capai.
Aku usaha pujuk diri. Semakin
besar ujian kau, bermaksud lagi besar anugerah yang DI ATAS nak bagi. Bila kau
dah mencapai limit, bukankah ini bermakna sudah tiba masa kau untuk bounce
balik. Sama seperti prinsip lantunan. Cuma kali ini aku yang memilih banyak
mana energi yang aku mahu bagi supaya lantunan aku pergi lebih tinggi. Alang-alang dah jatuh teruk, mesti aku nak terbang lebih tinggi. Semua ini perlu usaha kawan.
Tak terkecuali izin daripada DIA. Doa, doa dan doa.
Ya, aku sedia bangkit kembali. I
will be just fine. I am not alone. Aku kan ada ALLAH.
No comments:
Post a Comment