Monday, July 18, 2016

Resepi

Untuk kayuh laju-laju, saya ada resepi sendiri yang saya asimilasikan daripada beberapa bahan bacaan/sumber dan saya ubahsuai ikut keperluan diri.

Bahan-bahan: Priority, Focus, Discipline, Mindfulness,

Bahan penting: Usaha dan tawakan pada ALLAH. Banyakkan doa dan penyerahan.

Cara-cara: 1. Priority - Tentukan turutan priority. Buat kerja yang paling penting dan urgent dahulu. 2. Focus - Selepas tentukan priority, letakkan sepenuh fokus pada kerja yang perlu diusahakan. Bagi saya, multi-tasking tidak sesuai untuk semua tugas, terutamanya tugas yang memerlukan perhatian lebih. 3. Discipline - Penting untuk menggerakkan diri bagi melakukan tugas. Ia sebagai hambatan kepada diri agar terus bergerak. 4. Mindfullness - Buat apapun perlulah dalam keadaan kita sedar apa yang dibuat. Jangan hanya follow the flow sahaja. Kesedaran ini membantu kita nikmati setiap tugas yang kita buat.