Sunday, December 31, 2017

2018 Pertama

Posting pendahulu 2018. Syukur masih hidup semingga hari ini. Doanya semoga menjadi lebih bersyukur, bertakwa dan bermanfaat. Sempena tahun baru, saya hadiahkan diri sepatu baru. Moga ia membawa saya meneroka lebih jauh ke depan dan lebih luas pandangan.



(post ini dipublished pada 1.1.2018 pukul 8.55 pagi. tak tahu kenapa tarikhnya beda malah kurang sehari)
edited: 3.1.2018, 10.57pm)

Saturday, December 30, 2017

Masa Yang Berlalu

Tinggal kurang 9 jam sebelum 2017 berakhir. Makanya genap 2 tahun, 2 bulan dan 2 minggu saya berdaftar sebagai pelajar PhD USM. Kebanyakan masanya saya sendiri di sini. Tidak segalak masa di UKM dulu saya beraktiviti.

Hujung minggu ini saya menghabiskan masa sendiri di hostel. Tidak pulang ke Alor Setar seperti rutinnya. Mahu habiskan masa sendiri merenung diri. Saya berusaha tidak bergantung pada masa untuk membuat perubahan. Saya tidak mahu jadi hamba MASA, tapi 'TUAN' kepada masa, agar saya bisa menguasai masa. Bukan new year resolution, tapi perlu ada new day resolution. Hari-hari kena azam, hari-hari kena audit diri. Masa itu MODAL kita di dunia. HASIL tu tekadang boleh petik di dunia. Jika tiada, harap HASIL kita dapat di SANA.

Saya mahu jadi 'TUAN' masa, bukan PEMILIK masa.

2017 Berakhir

Saya semak diri. Apa yang sudah saya capai sebelum ini. Tidak banyak. Saya cuba sedar diri . Banyak 'main-main, tidak serius dengan kehidupan. Saya habiskan modal saya sewenangnya, modal MASA yang tak akan pernah tunggu bila ia dah berlalu. Saya tahu, tapi tidak sedar. Tahu hanya pada akal, sedar pada hati. Saya kurang letakkan emosi bila melakukan sesuatu. Makanya impaknya biasa-biasa saja.

Perancangan tanpa tindakan, sia-sia. Tindakan tanpa HATI, tiada keterujaan, kering dan lama-lama MATI. 'Mati' sebelum masa, RUGI. Saya mahu TERUS ASA. Masih lagi mahu terus berjuang, kerana saya tahu dan sedar ALLAH suka.

Take It Positively

Ada 2 perkara utama yang menjadi 'highlight' dalam seminggu terakhir menjelang tahun 2018. Pertamanya, bilik kena 'spot check', dan saya diminta mengeluarkan peti ais daripada bilik. Geram juga cara felo datang ke bilik dan memberi amaran. Adakah ini sebab ego?

Keduanya, Jumaat terakhir 2017 menyaksikan sv saya menyampaikan 'amanatnya'. Tajam menikam, dan tidak semuanya saya ambil kerana saya juga ada prinsip dan nilai hidup sendiri yang saya pegang. Jelas sekali saya tidak bersetuju dengan kaedah 'lidah tajam' bagi tujuan memberi kesedaran.

Mulanya saya agak 'stress' dengan ujian yang berlaku lewat semester pengajian saya. Namun saya fikirkan kembali dalam-dalam. Adakah saya mengharapkan jalan hidup saya lurus tanpa ujian? Mustahil, apatah lagi belajar itu sinonim dengan hidup susah. Adakah saya tidak sedar dari pengalaman PhD mereka yang lain menunjukkan semakin kami menghampiri garis penamat, maka ujian datang makin hebat?

Allah banyak mentarbiah saya sepanjang saya menuntut ilmu. Saya belajar banyak tentang diri. Saya masih tidak sempurna, malah jauh dari sempurna. Manalah ada yang sempurna kecuali DIA. Saya berdoa walau setinggi mana saya terbang nanti, moga ALLAH pasakkan hati saya pada kaki. Paksakan saya tunduk sehingga mati.