Saya semak diri. Apa yang sudah saya capai sebelum ini. Tidak banyak. Saya cuba sedar diri . Banyak 'main-main, tidak serius dengan kehidupan. Saya habiskan modal saya sewenangnya, modal MASA yang tak akan pernah tunggu bila ia dah berlalu. Saya tahu, tapi tidak sedar. Tahu hanya pada akal, sedar pada hati. Saya kurang letakkan emosi bila melakukan sesuatu. Makanya impaknya biasa-biasa saja.
Perancangan tanpa tindakan, sia-sia. Tindakan tanpa HATI, tiada keterujaan, kering dan lama-lama MATI. 'Mati' sebelum masa, RUGI. Saya mahu TERUS ASA. Masih lagi mahu terus berjuang, kerana saya tahu dan sedar ALLAH suka.
No comments:
Post a Comment