Tuesday, June 14, 2016

Mentol atas Kepala

Kalau saya buntu, saya suka bersembang dengan orang. Kadang-kadang orang tu tak da kena mengena langsung pon. Selalunya, masa tu akan ada mentol kluar atas kepala saya. Ajaibnya, idea datang dan terus berkembang biak dgn begitu maju dan pesatnya. Maka saya pon gembira. Bila gembiara maka saya pon semangatlah. Begitulah alkisahnya di petang 9 Ramadhan 1437H. Sekian.

Buat Sendiri

Saya paham dan belajar satu perkara. Perjuangan ini perjuangan saya. Maka saya kena usahakan sendiri. Dah tak boleh nak harapkan orang lain buatkan untuk saya. Mereka hanya boleh membantu. Saya berjaya kerana saya, juga gagal kerana diri sendiri. Saya perlu gerakkan semua jentera diri untuk kerja kuat. Tiada lagi main-main. Tak mau lagi tangguh-tangguh. Tak mau lagi jatuh lubang kebodohan berkali-kali. Kalau jatuh lagi, itu memang super bodoh! Sila hentak kepala berkali-berkali bagi pecah kebodohan.

Ujian Belajar

Bila mendaftar sebagai pelajar PhD di USM, apa yang ada dalam kepala dan hati sanubari saya adalah saya nak kayuh laju-laju. Tapi sejak beberapa hari ni saya jadi berat dan sebak. Saya dah kayuh, tapi pada masa sama bawa beban berat di belakang. Bagi pelajar sepenuh masa macam saya, kebergantungan pada geran dan duit tajaan sangat tinggi. Namun ujian yang diterima ni melesukan saya. Ya ALLAH, lemah sungguh saya ni. Minggu lepas, di saat pelajar lain mendapat ESH MyBrain 15, nama saya tercicir daripada menerimanya sebab kelalaian orang lain. Perlu menunggu lagi 2 minggu. Beberapa hari sudah, saya terima email geran e-science fund dibekukan, sedangkan saya telah sediakan bahan dan bantu isi sementara tunggu untuk dimuktamadkan dan dihantar. Tadi, saya call pejabat pengurusan penyelidikan universiti dan dimaklumkan PRGS juga sudah dihentikan. Ya ALLAH, kuat betul cabaran sambung belajar pada yahun 2016 ni. Di kala warga akademik merasa begitu ketatnya bajet pendidikan sekarang, saya pelik dengan beberapa kenyataan pak menteri, seoalahnya ekonomi kita tiada masalah. Namun kami di peringkat rakyat marhain ni sangat terasa kesannya. Moga ALLAH tunjuk Jalan dan beri kesabaran. Banyakkan doa terutamanya sekarang bulan Ramadhan. Bulan seribu ujian.

Sunday, June 12, 2016

Kayuhan Pertama

Saya suka menulis. So saya dedikasikan blog ni khusus untuk coretan rasa hati saya. Sebahagiannya untuk tajamkan skil menulis. Saya tulis apa saya fikir. Saya tulis apa saya nampak. Ini wadah saya. Mana la tau boleh jadi bahan untuk kompilasi buku, InsyaALLAH.