Tuesday, June 14, 2016
Ujian Belajar
Bila mendaftar sebagai pelajar PhD di USM, apa yang ada dalam kepala dan hati sanubari saya adalah saya nak kayuh laju-laju. Tapi sejak beberapa hari ni saya jadi berat dan sebak. Saya dah kayuh, tapi pada masa sama bawa beban berat di belakang. Bagi pelajar sepenuh masa macam saya, kebergantungan pada geran dan duit tajaan sangat tinggi. Namun ujian yang diterima ni melesukan saya. Ya ALLAH, lemah sungguh saya ni. Minggu lepas, di saat pelajar lain mendapat ESH MyBrain 15, nama saya tercicir daripada menerimanya sebab kelalaian orang lain. Perlu menunggu lagi 2 minggu. Beberapa hari sudah, saya terima email geran e-science fund dibekukan, sedangkan saya telah sediakan bahan dan bantu isi sementara tunggu untuk dimuktamadkan dan dihantar. Tadi, saya call pejabat pengurusan penyelidikan universiti dan dimaklumkan PRGS juga sudah dihentikan. Ya ALLAH, kuat betul cabaran sambung belajar pada yahun 2016 ni.
Di kala warga akademik merasa begitu ketatnya bajet pendidikan sekarang, saya pelik dengan beberapa kenyataan pak menteri, seoalahnya ekonomi kita tiada masalah. Namun kami di peringkat rakyat marhain ni sangat terasa kesannya. Moga ALLAH tunjuk Jalan dan beri kesabaran. Banyakkan doa terutamanya sekarang bulan Ramadhan. Bulan seribu ujian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment