Minggu lepas Mak menyuarakan hasrat untuk ikut balik ke USM. Kebetulan saya balik ke USM agak lewat, iaitu petang Rabu. Abah pada mulanya tak percaya Mak akan ikut serta dan agak terkejut. Mungkin Mak nak tukar angin. Makanya bertolaklah kami petang itu dalam keadaan hujan lebat dan kilat sabung menyabung.
Dalam 2-3 hari (7-10 Mac) di asrama, Mak pada waktu siang kebanyakan masanya hanya memilih duduk di bilik. Kami keluar waktu malam, melawat Faris & Angah sekeluarga, makan malam, Tesco dan ke rumah mertua Angah. Lain perasaanya bila Mak di bilik, rasa seronok nak balik (selepas Mak balik rasa sedih pulak tengok bilik tu).
Tapi yang tak seronoknya, Jumaat kereta MyVi hitam kesayangan kena clamp lagi buat kali ke-5. Sebab malam sebelumnya sampai lewat dan tiada paking, jadinya saya letak kereta di tepi jalan dekat pokok berhampiran simpang Rumah Antarabangsa. Malam tu hujan dan supaya Mak tak perlu berjalan jauh. Salah saya tidak alih kereta pagi tu, tambahan saya tidak ke lab. Makanya segala alasan tidak berguna lagi buat pegawai trafik yang datang membuka clamp dan memberi saman. Harapnya kali ini bernasib baik lagi seperti sebelumnya. hehe.. Aamiin :)
No comments:
Post a Comment