Sunday, March 12, 2017

Perspektif

Weekend ni saya tak balik ke Alor Setar. Petang Jumaat saya ke Telur Kumbar, melawat anak menakan comel saya yang patah bahu. Alhamdulillah, nampaknya dia tetap aktif dan sihat. Keluarga adik ipar pelawa saya ke majlis akad nikah keesokan harinya. Esoknya saya tiba lepas Zuhur, sekadar meraikan jemputan. Hari Ahad, saya diajak Salwa ke TUDM Butterworth untuk melihat latihan pertunjukan udara sempena LIMA nanti. Alhamdulillah, dapat saya lihat pertunjukan percuma. Sebelumnya Salwa bawa mengelilingi kem. Wah, peluang julung kali sebab bukan boleh masuk sewenangnya dalam kawasan kem. Dua hari ni, saya banyak melihat perkara baru di luar perspektif harian saya. Tak sabar untuk pengembaraan dan penerokaan baru.

No comments:

Post a Comment